1. Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus :
Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh :
Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 a dan b.
Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
0 comments: